Isnin, 29 Disember 2008

Wasiat Imam Syafie

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara".
PERTAMA: HAK KEPADA DIRI
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.
KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.
KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.
KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.
KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

ALLAH

ALLAH (S.W.T.) : Lafaz jalalah, iaitu nama Tuhan yang telah diakui oleh semua agama besar dunia, seperti Islam, Yahudi, Nasrani, Budha, Sikh dan lain-lain.

Kitab Taurat telah menggunakan berbagai nama untuk Allah bagi mengesahkan zatNya, perkataan yang paling terkenal ialah “Yahweh”, kemudian perkataan “Adunai” yang bererti kebesaran dan ketinggian. Di antara nama-nama yang dimaksudkan kepada Allah dalam kitab Taurat ialah “al-Wahim” (Aluh), “Al”, dan “al-Yasu”.Sebebelum kedatangan Islam atau kelahiran Nabi Muhammad (S.A.W.), orang-orang Arab jahiliah sudah memahami makna Allah, iaitu Kuasa Yang Maha Tinggi.
Kefahaman tentang Allah ini diwarisi daripada ajaran Agama Hanif yang dibawa oleh Nabi Ibrahim (a.s.) Perkataan Allah itu memang sering disebut oleh orang-orang Arab jahiliah dan ia dikaitkan dengan satu kuasa yang tertinggi lagi agung, mengatasi segala tuhan-tuhan yang ada di sekeliling mereka. Mereka menyembah berhala adalah sebagai perantaraan dengan Allah. Ini sebagaimana firman Allah yang bermaksud: Dan orang-orang yang mengambil perlindungan selain dari Allah, firman Allah: az-Zumar:
3. Ingatlah! (hak Yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah Segala Ibadat dan bawaan Yang suci bersih (dari Segala rupa syirik). dan orang-orang musyrik Yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi Pelindung dan Penolong (sambil berkata): "Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan Kami kepada Allah sehampir-hampirnya", - Sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang Yang tidak melakukan syirik) tentang apa Yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang Yang tetap berdusta (mengatakan Yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik).
Nayatalah bahawa pada hakikatnya Allah itulah Tuhan mereka yang sebenar sementara berhala-berhala dan patung-patung yang disembah hanyalah semata-mata lambang atau alat perantaraan kepada Allah (S.W.T.). Mereka menyembah batu kerana mereka percaya bahawa setengah daripada batu-batu itu, misalnya Batu Hitam (al- Hajarul ul-Aswad) datangnya dari langit.
Demikian juga halnya dengan peyembahan binatang-binatang dan matahari adalah semata-mata melambangkan pengabdian kebesaran Allah (S.W.T.) yang Maha Pencipta.Allah menutur al-Qur’an ialah Tuhan yang Esa.
Allah mempunyai 99 nama-nama lain yang dinamakan dengan nama-nama yang baik, yang mempunyai segala sifat kesempurnaan, ketinggian, kebesaran dan keesaan. (Lihat Asma’ul Husna). Pada umumnya Allah itu bersifat Ada dan Tiada Kesudahan, kebaikan yang mutlak, Yang menjadi, yang mengetahui lagi berkuasa, Tuhan yang Maha Esa. Tidak ada saingan, Tidak menyerupai dan tidak boleh diseruai dengan sesuatu, tidak berhajat kepada sesuatu yang lain dan berdiri di atas zatNya sendiri. Tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Wajib dipercayai dan tidak boleh dipersekutukan dengan yang lain. Keraguan tentang adanya Allah hukumnya syirik, atau terkeluar dari Islam, batalah iman. Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Ikhlas :

1. Katakanlah (Wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
2. "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
3. "Ia tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan;
4. "Dan tidak ada sesiapapun Yang serupa denganNya".Akal manusia yang sihat dan waras akan mampu menetapkan wujudnya Allah (S.W.T.), samada menerusi logik atau menerusi dalil-dalil kejadian alam. Allah itu adalah tuhan sekalian alam.







Jumaat, 19 Disember 2008


Teknik Menghafal Al Quran

Sebelum menghafal

1. Mempunyai azam dan minat untuk menghafal
2. Memilih waktu yang sesuai untuk menghafal.
3. Memilih tempat yang sesuai untuk menghafal.
4. Berada dalam keadaan tenang.
5. Kosongkan fikiran sebelum menghafal.
6. Pilih sebuah jenis mashaf dan jangan ubah dengan jenis mashaf lain.
7. Beristighfar, membaca selawat dan doa sebelum mula menghafal.
8. Membaca ayat 164 surah Al-Baqarah sebelum mula menghafal.

Teknik Menghafal

A. Teknik "Chunking"

1. Memisah-misahkan sepotong ayat yang panjang kepada beberapa bahagian yang sesuai mengikut arahan guru.
2. Memisah-misahkan selembar mukasurat kepada beberapa bahagian (2 atau 3 bahagian) yang sesuai.
3. Memisah-misahkan surah kepada beberapa bahagian, contohnya mengikut pertukaran cerita.
4. Memisah-misahkan juz kepada beberapa bahagian mengikut surah, hizib, rubu', cerita dan sebagainya.
5. Memisah-misahkan Al-Qur'an kepada kelompok surah, setiap 10 juz dan sebagainya.



B. Teknik Mengulang


1. Membaca sepotong atau sebahagian ayat sekurang-kurangnya lima kali sebelum mula menghafalnya.
2. Membaca ayat yang telah dihafal berulang-ulang kali (10 atau lebih) sebelum berpindah ke ayat seterusnya.
3. Selepas menghafal setiap setengah mukasurat, harus diulang beberapa kali sebelum diteruskan bahagian yang kedua.
4. Selepas menghafal satu mukasurat diulang beberapa kali sebelum diteruskan ke muka surat seterusnya.
5. Sebelum menghafal bahagian Al-Qur'an seterusnya, harus diulang bahagian yang sebelumnya.


C. Teknik Tumpu dan Ingat


1. Menumpukan penglihatan kepada ayat, mukasurat dan lebaran.
2. Pejamkan mata dan cuba melihatnya dengan minda.
3. Sekiranya masih lagi kabur, buka mati dan tumpukan kembali kepada mashaf.
4. Ulanglah sehingga dapat melihat ayat atau mukasurat tersebut dengan mata tertutup.

D. Teknik Menghafal Dengan Seorang Teman

1. Pilih seorang teman yang sama minat.
2. Orang yang pertama membaca dengan disemak oleh orang yang kedua.
3. Orang yang kedua membaca dengan disemak oleh orang yang pertama.
4. Saling menebuk ayat antara satu sama lain.

E. Teknik Mendengar Kaset

1. Pilih seorang qari' yang baik bagi seluruh Al-Qur'an atau beberapa qari' bagi surah-surah tertentu.
2. Sebelum mula menghafal, dengar bacaan ayat-ayat yang ingin dihafal beberapa kali.
3. Amati cara, lagu dan tempat berhenti bacaan qari' tersebut sehingga terpahat di fikiran.
4. Mula menghafal ayat-ayat tersebut dengan cara dan gaya qari' tersebut.
5. Sentiasa mendengar kaset bacaan Al-Qur'an dan kurangkan atau tinggalkan pendengaran lagu kerana ia akan mengganggu penghafalan.


F. Teknik Merakamkan Suara

1. Rakamkan bacaan kita di dalam kaset dan dengar semula untuk memastikan bacaan dan hafalan yang betul.
2. Bagi kanak-kanak, rakamkan bacaan ibu-bapa atau guru kemudian diikuti oleh bacaan kanak-kanak tersebut. Minta kanak-kanak tersebut mendengar kembali rakaman tersebut beberapa kali hingga menghafalnya.

G. Teknik Menulis


1. Tulis kembali mukasurat yang telah dihafal.
2. Kemudian semak semula dengan mashaf.
3. Menulis setiap ayat pertama awal mukasurat, atau setiap rubu', atau setiap juz, atau setiap surah dalam satu helai kertas.


H. Teknik "Pointers" dan "Keyword"

1. Buat beberapa kotak.
2. Setiap kotak merupakan satu mukasurat.
3. Catit dalam kotak tersebut beberapa perkataan yang menjadi keyword bagi mukasurat tersebut.
4. Merenung dan membayangkan kotak tersebut dalam ingatan.

I. Teknik Menghafal Sebelum Tidur

1. Membaca atau menghafal beberapa potong ayat sebelum tidur.
2. Semasa melelapkan mata, dengar kaset bacaan ayat-ayat tersebut dan bayangkan posisi-nya di minda kita.
3. Dengar kembali dari awal surah, juz atau hizib, atau mana-mana yang sesuai sehingga ayat yang telah dihafal. Cuba bayangkan ayat-ayat yang didengar dari kaset di minda kita.


J. Teknik "Mindmaping"

1. Bagi setiap Juz, buat 8 cabang, setiap cabang satu rubu'. Tulis ayat pertama rubu' tersebut dicabangnya.
2. Bagi setiap surah, buat cabang bagi setiap pertukaran cerita atau rubu'.
3. Bagi setiap 10 juz, buat cabang bagi setiap juz, dan cabang yang lebih kecil bagi rubu'.


Mengekalkan Hafalan

1. Jauhi maksiat mata, maksiat telinga dan maksiat hati.
2. Banyak berdoa, terutama waktu mustajab doa seperti ketika berbuka puasa, ketika belayar, selepas azan dan lain-lain lagi.
3. Kerjakan solat hajat kepada Allah.
4. Kerjakan solat Taqwiyatul hifz.
5. Menetapkan kadar bacaan setiap hari, contohnya, selembar, setengah juz, 1 juz dan sebagainya.
6. Membaca pada waktu pagi dan mengulangnya pada waktu malam.
7. Jangan membaca ketika sedang bosan, marah atau ngantuk.
8. Menulis setiap ayat yang mutashabih.


Sumber:http://pesona.mmu.edu.my/~iskandar/MANFinal

Khamis, 11 Disember 2008


1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan
menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan
pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang danmudah diselesaikan. Para
pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum
mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibacaakan mudah diingati.
2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an Ganjaran yang besar akan
diberikan Allah bagi sesiapa yang membacaAl-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang
sesuai bagi kita untuk membacaAl-Quran ialah selepas solat lima waktu dan
waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah
Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.
3) Banyakkan Solat Sunat Sebagai makhluk paling mulia di sisi
Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan
mendirikan solat sunat. Solatsunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih
adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada
sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan
dankekuatan daripada Allah.
4) Selalu berdoa kepada AllahAllah telah berpesan iaitu jangan
menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat,tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azandan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang
bersungguh-sungguh.Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di
samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.
5) Bersangka baik dengan AllahKita sebagai manusia biasanya
tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu
adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai
hamba Allah. Oleh itu,kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah
menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya
bahawatentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.
6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukanOrang ramai selalu
berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otakyang cergas. Segala tekanan
sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang
dapat menyihatkan tubuh badanseperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih
menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan
kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.
7) Amal diet dengan disiplin yang kuatPengambilan makanan yang
berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu
bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan
disiplin yang kuat.Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan
menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi,
kencingmanis.
8) Menangis dengan sepuas hati Tekanan yang dihadapi sekiranya
melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan
menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba
menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran
lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan,
merekaseolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh,bila
dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yangMaha
mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.
9) Hargai kebolehan diri sendiri Kita perlu mempunyai satu sikap
yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak
akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak
lain sewaktu bekerja.Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh
dengan mudah dantiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah,
kita mestimenghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih
ceria.
10) Cintai diri sendiri"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu
mencintai diri orang lain".Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat
memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding
orang lain. Dirikita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan
perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu
memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar
untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta
jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan
dapat diselesaikan dengan jayanya .............INSYA'ALLAH..........

100 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman



01 . Bersyukur apabila mendapat nikmat;

02. Sabar apabila mendapat kesulitan;

03. Tawakal apabila mempunyai rencana/program;

04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;

05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;

06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;

07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;

08. Jangan usil dengan kekayaan orang;

09. Jangan hasad dan iri atas kesuksessan orang;

10. Jangan sombong kalau memperoleh kesuksessan;

11. Jangan tamak kepada harta;

12. Jangan terlalu ambitious akan sesuatu kedudukan;

13. Jangan hancur karena kezaliman;

14. Jangan goyah karena fitnah;

15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.

16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;

17. Jangan sakiti ayah dan ibu;

18. Jangan usir orang yang meminta-minta;

19. Jangan sakiti anak yatim;

20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;

21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;

22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);

23. Lakukan shalat dengan ikhlas dan khusyu;

24. Lakukan shalat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;

25. Biasakan shalat malam;

26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah;

27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;

28. Sayangi dan santuni fakir miskin;

29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;

30. Jangan marah berlebih-lebihan;

31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;

32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah karena Allah;

33. Berlatihlah konsentrasi pikiran;

34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila karena sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;

35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;

36. Jangan percaya ramalan manusia;

37. Jangan terlampau takut miskin;

38. Hormatilah setiap orang;

39. Jangan terlampau takut kepada manusia;

40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;

42. Berlakulah adil dalam segala urusan;

43. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;

44. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;

45. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;

46. Perbanyak silaturrahim;

47. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;

48. Bicaralah secukupnya;

49. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;

50. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;

51. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;

52. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin;

53. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;

54. Makanlah secukupnya tidak kekurangan dan tidak berlebihan;

55. Hormatilah kepada guru dan ulama;

56. Sering-sering bershalawat kepada nabi;

57. Cintai keluarga Nabi saw;

58. Jangan terlalu banyak hutang;

59. Jangan terlampau mudah berjanji;

60. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;

61. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti mengobrol (membebel) yang tidak berguna;

62. Bergaul lah dengan orang-orang soleh;

63. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;

64. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;

65. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;

66. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;

67. Jangan membenci seseorang karena pahaman dan pendiriannya;

68. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;

69. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuai pilihan

70. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan.

71. Jangan melukai hati orang lain;

72. Jangan membiasakan berkata dusta;

73. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;

74. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;

75. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;

76. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita;

77. Jangan membuka aib orang lain;

78. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita;

79. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;

80. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;

81. Jangan sedih karena miskin dan jangan sombong karena kaya;

82. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara;

83. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;

84. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;

85. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;

86. Hargai prestasi dan pemberian orang;

87. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan;

88. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan.

89. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kondisi diri kita;

90. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fisikal atau mental kita menjadi terganggu;

91. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;

92. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;

93. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;

94. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan kebenarannya;

95. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;

96. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;

97. Jangan memforsir diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri;

98. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;

99. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerusakan;

100. Jangan gembira di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang;

Selasa, 9 Disember 2008

4 Syarat Hidupkan Hati Dengan Al Quran


HATI yang hidup menggerakkan potensi yang ada pada diri seseorang. Sebaliknya, hati yang mati membunuh segala bakat dan potensi diri. Sesuatu umat hanya boleh dibangunkan dengan menggerakkan potensi dirinya serta mengarahkannya kepada pembangunan. Dengan pengutusan Rasulullah SAW, segala bakat dan potensi sahabat yang selama ini terpendam digerakkan dengan penghayatan al-Quran.Hati yang hidup adalah hati yang subur dan bersedia untuk mendengar, melihat dan menerima kebenaran. Hati yang hidup begini mempunyai nur, tenaga dan kekuatan. Ia sentiasa tunduk dan patuh kepada Allah dengan penuh khusyuk, takwa serta kasih dan simpati kepada sesama makhluk. Hati yang dihidupkan dengan al-Quran bersedia mematuhi segala perintah syarak. Dengan mematuhi segala perintah syarak barulah kehidupan manusia akan sempurna. Bukankah Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya al-Quran ini membimbing ke jalan yang lurus (benar).” (Surah al-Isra’, ayat 9).Perkara ini disebutkan juga dalam firman-Nya bermaksud: “Taha (maknanya hanya diketahui Allah). Kami tidak menurunkan al-Quran kepadamu supaya kamu menjadi susah, tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut kepada Allah; iaitu diturunkan daripada Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi?” (Surah Taha, ayat 1-4).Maka untuk menghidupkan hati dengan al-Quran, kita memerlukan beberapa syarat:
  • Pertama, al-Quran hendaklah dibaca dengan tenang dan khusyuk, dalam keadaan bersunyi diri (berkhalwah), terutama pada waktu tengah malam atau fajar (Subuh). Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya membaca al-Quran pada waktu fajar (Subuh) itu disaksikan malaikat.” (Surah al-Isra’, ayat 78).
  • Kedua, membaca al-Quran dengan pengamatan maknanya seperti yang dijelaskan dalam firman Allah bermaksud: “Tidakkah mereka merenungi (tadabur) al-Quran itu?” (Surah Muhammad, ayat 24).Pembacaan yang disertai dengan renungan dan pengamatan sedemikian akan membuka pintu hati seseorang untuk menerima kebenaran yang terkandung dalam al-Quran.Dengan perkataan lain, roh dari alam tinggi (alam Ketuhanan) yang dibawa oleh al-Quran itu akan turun dan meresapi ke dalam hati pembaca al-Quran kemudian ia menghidupkannya.Dengan itu hati dapat mengenal kebenaran dengan mudah dan mencintainya. Nilai kebenaran dan kebaikan akan tumbuh subur dalam jiwanya. Lantas ia menyukai kedua-keduanya, tetapi membenci dan menentang kebatilan dan kejahatan.
  • Ketiga, sentiasa bersikap bersedia untuk menerima kebenaran al-Quran sebelum membaca atau mendengarnya.Manusia sering dikuasai oleh hawa nafsunya. Segala keinginan dunia (hingga membawa kepada kegilaan) adalah dinding (hijab) tebal yang menutup hati seseorang itu sehingga menyebabkan enggan menerima hidayah Allah melalui al-Quran.
  • Keempat, merealisasikan kehambaan (’ubudiyyah) diri sewaktu membaca al-Quran. Perasaan ini akan dapat menimbulkan keazaman untuk merealisasikan segala ajaran al-Quran yang dibaca itu dalam kehidupan. Ini semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah.

Dalam perkataan lain, pembacaan yang sedemikian akan menimbulkan keazaman untuk bermujahadah iaitu melawan kemahuan diri yang bertentangan dengan tuntutan ‘ubudiyyah kepada Allah.Melaksanakan segala perintah Allah yang terkandung dalam al-Quran adalah tafsiran makna ayat yang dibacanya itu di dalam kehidupan.

Untuk memastikan ia terus hidup dan segar, maka hati perlu sentiasa menjalani proses mujahadah (melawan segala kemahuan diri yang bertentangan dengan ajaran Islam).Hati yang tidak bermujahadah, ertinya hati itu beku dan kotor.

Hati yang kotor dan beku menyebabkan seseorang itu tidak ingin melakukan kebaikan, malah ia sentiasa melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.Perkara ini dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAW bermaksud: “Huzaifah berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: Fitnah akan melekat di hati manusia bagaikan tikar yang dianyam secara tegak-menegak antara satu sama lain.

Mana-mana hati yang dihinggapi oleh fitnah, nescaya akan terlekat padanya bintik-bintik hitam.“Begitu juga dengan hati yang tidak dihinggapinya, akan terlekat padanya bintik-bintik putih sehinggalah hati itu terbahagi kepada dua.“Sebahagiannya menjadi putih bagaikan batu licin yang tidak lagi terkena bahaya fitnah, selama langit dan bumi masih ada, manakala sebahagian yang lain menjadi hitam keabu-abuan seperti bekas tembaga yang berkarat, tidak menyuruh kebaikan dan tidak pula melarang kemungkaran, segala-galanya adalah mengikut keinginan.” (Riwayat al-Bukhari di dalam Kitab Iman, Hadis No. 20

(www.iluvislam.com)