Isnin, 29 Disember 2008

Wasiat Imam Syafie

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara".
PERTAMA: HAK KEPADA DIRI
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.
KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.
KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.
KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.
KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

ALLAH

ALLAH (S.W.T.) : Lafaz jalalah, iaitu nama Tuhan yang telah diakui oleh semua agama besar dunia, seperti Islam, Yahudi, Nasrani, Budha, Sikh dan lain-lain.

Kitab Taurat telah menggunakan berbagai nama untuk Allah bagi mengesahkan zatNya, perkataan yang paling terkenal ialah “Yahweh”, kemudian perkataan “Adunai” yang bererti kebesaran dan ketinggian. Di antara nama-nama yang dimaksudkan kepada Allah dalam kitab Taurat ialah “al-Wahim” (Aluh), “Al”, dan “al-Yasu”.Sebebelum kedatangan Islam atau kelahiran Nabi Muhammad (S.A.W.), orang-orang Arab jahiliah sudah memahami makna Allah, iaitu Kuasa Yang Maha Tinggi.
Kefahaman tentang Allah ini diwarisi daripada ajaran Agama Hanif yang dibawa oleh Nabi Ibrahim (a.s.) Perkataan Allah itu memang sering disebut oleh orang-orang Arab jahiliah dan ia dikaitkan dengan satu kuasa yang tertinggi lagi agung, mengatasi segala tuhan-tuhan yang ada di sekeliling mereka. Mereka menyembah berhala adalah sebagai perantaraan dengan Allah. Ini sebagaimana firman Allah yang bermaksud: Dan orang-orang yang mengambil perlindungan selain dari Allah, firman Allah: az-Zumar:
3. Ingatlah! (hak Yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah Segala Ibadat dan bawaan Yang suci bersih (dari Segala rupa syirik). dan orang-orang musyrik Yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi Pelindung dan Penolong (sambil berkata): "Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan Kami kepada Allah sehampir-hampirnya", - Sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang Yang tidak melakukan syirik) tentang apa Yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang Yang tetap berdusta (mengatakan Yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik).
Nayatalah bahawa pada hakikatnya Allah itulah Tuhan mereka yang sebenar sementara berhala-berhala dan patung-patung yang disembah hanyalah semata-mata lambang atau alat perantaraan kepada Allah (S.W.T.). Mereka menyembah batu kerana mereka percaya bahawa setengah daripada batu-batu itu, misalnya Batu Hitam (al- Hajarul ul-Aswad) datangnya dari langit.
Demikian juga halnya dengan peyembahan binatang-binatang dan matahari adalah semata-mata melambangkan pengabdian kebesaran Allah (S.W.T.) yang Maha Pencipta.Allah menutur al-Qur’an ialah Tuhan yang Esa.
Allah mempunyai 99 nama-nama lain yang dinamakan dengan nama-nama yang baik, yang mempunyai segala sifat kesempurnaan, ketinggian, kebesaran dan keesaan. (Lihat Asma’ul Husna). Pada umumnya Allah itu bersifat Ada dan Tiada Kesudahan, kebaikan yang mutlak, Yang menjadi, yang mengetahui lagi berkuasa, Tuhan yang Maha Esa. Tidak ada saingan, Tidak menyerupai dan tidak boleh diseruai dengan sesuatu, tidak berhajat kepada sesuatu yang lain dan berdiri di atas zatNya sendiri. Tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Wajib dipercayai dan tidak boleh dipersekutukan dengan yang lain. Keraguan tentang adanya Allah hukumnya syirik, atau terkeluar dari Islam, batalah iman. Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Ikhlas :

1. Katakanlah (Wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
2. "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
3. "Ia tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan;
4. "Dan tidak ada sesiapapun Yang serupa denganNya".Akal manusia yang sihat dan waras akan mampu menetapkan wujudnya Allah (S.W.T.), samada menerusi logik atau menerusi dalil-dalil kejadian alam. Allah itu adalah tuhan sekalian alam.